Tuesday, August 26, 2014

New life

Views


Assalamualaikum, hi reader semua. Alhamdulilah masih diberi peluang untuk bernafas sehingga ketika ini. Syukur k syukur! First, sorry sebab ini adalah entry pertama dalam tahun 2014 yang pancaroba ni *ayat nak mantop je ekau ni* Dari last entry 2013 sampai now bulan 8 2014 baru ekau nak update? Fuhh, naik sarang lelabah dah kat blog ni haa. Fuhh fuhhh *sapu sarang labah2* Haaa, korang dah tengok tajuk kan? This entry is about all are new. Pehh speaking kauuuu.


Alhamdulilah syukur, tak sia2 usaha aku selama ni. Dengan berbekal keputusan SPM yang hidup mati segan tak mahu. Eh betul ke peribahasa aku tu? Alaa maklum laa sekolah nak dekat setahun dah ku tinggalkan. Setelah berhempas pulas ulang alik dari segamat ke KL untuk hadiri IV ( interview ). Thanks a lot to my brother in law abangone, kakngah, abang sam yang bersusah payah hantar aku pergi interview kat KL Selepas interview, dalam sebulan lebih tu result dah keluar. Sangat mengecewakan bila aku cuma dipilih sebagai calon simpanan. Allah je tahu apa perasaan aku masa tu. Bukan tak bersyukur aku dipilih sebagai calon simpanan, tapi sebab aku letak harapan yang tinggi untuk keputusan interview tu. Tapi alhamdulilah apa yang aku harapkan tercapai. Macam2 liku juga aku tempuh. Ada satu masa tu, sebelum aku pergi mendaftar, aku diberitahu yang aku terpilih untuk program diploma radiografi. Setahu aku, aku cuma pergi interview untuk diploma kejururawatan je. Tapi taktahu laa sistem sekarang macam tu. Lepas 2 3 hari tu, pihak pengurusan pengambilan pelajar call bagi tahu ada kesilapan. Bukan diploma radiografi tapi diploma kejururawatan. Sekali lagi syukur alhamdulilah padaMu Ya Allah.


Just a few step, and I will be a nurse! Yeay! Gembira yang tak terhingga bila tengok orang kat sekeliling aku gembira dengan keputusan ni. Lagi2 mama, family and buah hati. Mama memang dari dulu nak anak2 dia ada kerjaya macam ni. Salah satunya nurse. Harapan mama kat adik beradik aku yang lain jauh tersasar. Masing2 tak ada minat dalam bidang yang mama harapkan, such as cikgu and nurse. Tapi alhamdulilah anak2 dia semua jadi orang. Hahaha. Mestilah jadi orang! Apalah! Boleh dikatakan semua adik beradik aku terjerumus dalam bidang perniagaan. Dari arwah papa, mama, kaklong, kakngah, kaknik, abang sam, abang emy, abang2 ipar aku sampai aku sekali terjerumus. Hihi. Mama pernah cakap yang darah yang mengalir dalam badan kami keturunan yang suka berniaga. Taktahu laa mama cuma bergurau ke hape. Sedara mara ada yang berniaga jugak. Mana kan tumpah kuah kalau tak ke nasi :P

Okey balik ke cerita asal entry ni. Alhamdulilah aku dah 2 bulan lebih ada kat KL sebagai pelajar bidang nursing bawah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Diploma kejururawatan selama 3 tahun di UM bermula tahun 2014 sehingga 2017. Actually bukan dalam KL sangat pun, saja nak bajet kejap. Hahaha. PPUM/ UM ni terletak kat sempadan KL- Selangor, area petaling jaya. Tapi yang menariknya aku punya asrama terletak betul2 kat sempadan. Lepas seminggu je aku didaftarkan kat sini, buat kali pertamanya berpuasa tanpa family. Perasaan sedih tu ada, terkenangkan masa2 bersama dengan family kat rumah, keenakan masakan mama, and masakan mama the best in the world! Hihi. Dengan adanya kawan2 baru, especially buah hati pengarang jantung ku  yang selalu ada, aku dapat suaikan diri kat tempat baru. Everything new. Tak pernah terjangka aku nak hidup kat KL dalam jangka masa yang panjang. Bagi aku 8 tahun tu jangka masa yang panjang giler siot. Hahaha. Tak dapat aku nak bayangkan hari2 yang bakal mendatang nanti. Eh kenapa 8 tahun? Haaaaaaa, nanti gua story kat entry lain ye.  Hihi. Berbalik pada story, berbalik dimana asalnya aku cumalah orang kampung, anak Felda. Tak pernah keluar jauh dari teratak tercinta. Paling jauh pun di Pusat Latihan Felda Chini yang terletak di dalam pahang, cuma beberapa jam ke rumah aku. Rumah baru, cara belajar baru, kawan baru, tempat baru, cara bergerak baru, oh good semua berbeza. Dapat ke aku biasakan diri dengan semua ni?


Homesick? Yaa, always be the top topic for budak2 yang baru belajar nak duduk luar macam aku ni. Tapiiii.. Pada aku, selama 6 bulan aku ada kat PLC ( Pusat Latihan Felda Chini ), selama 2 bulan lebih aku ada kat PPUM ni, tak pernah sekali pun aku dapat merasa homesick tu. Padahal, aku tak pernah duduk jauh dari family macam ni. Aku selalu fikir kenapa aku tak rasa macam tu. Its okeyy, I will find out oneday.

Alhamdulilah, sehingga sekarang aku baik2 je kat sini. Masih banyak perkara yang kena belajar, kena kuatkan diri, kena tabahkan diri, kentalkan jiwa dengan dugaan2 yang bakal mendatang lepas ni. Its quite harder for me. InsyAllah boleh slow2. Guys, doakan aku :')

p/s: Sebelum terlambat, Selamat hari raya maaf zahir batin pada yang mengenali! hihi. And a big thanks to my family, my friends, and thanks to you my dear for always be there when I need all of you right here :) Thanks! 




3 comments:

  1. Hi akak farah nak tanya..bila dh dapat result jadi pelajar simpanan tu kan.. nanti ppum akan call kita or kat website tu kata kita dah berjaya dapat msuk diploma kejururawatan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Salam , kak Farah saya nak Tanya. Saya hanya terpilih sebagai calon simpanan je. :( Pihak ppum ckp result for calon simpanan adalah after 16 hb. Tapi hari ini dah 18 hb Dan keputusan saya still calon simpanan. Kiranya x dpt ke kak? Dah xde harapan ke ? Saya harap sgt dpt jadi nurse Dan belajar at ppum Ni

    ReplyDelete