Saturday, December 7, 2013

Freedom!

Views
Alhamdulilah syukur sangat2. Akhirnyaa.. Dengan berakhirnya subjek sport science kertas 1 tamat, maka berakhir dan tamat laa perkhidmatan aku sebagai pelajar SMK Selancar. Pehh, ayat nak skema. Hahaha. Okey2 fine. Gua nak kasi tahu ni gua dah freedom. Tak ada dah lepas ni pakai baju sekolah, kasut sekolah bagai. Takyah nak rindu2. Dulu kau bukan main nak habis kan. Hahahaha. Lumrah laa kann. Semua orang akan merasa mende ni. Sumpah masih tak percaya. Dulu masa form 1 baru masuk sekolah menengah, rasa macam jauhnya nak form 5. Sekarang dah form 5, haa nah kau. Rasa kan penangannya! Cakap pun tak guna, paper dah habis jawab. Mende dah lepas. Let bygone be bygone. Eh betul ke? Lantak laa.


First aku nak cakap pasal SPM. Lantak laa dah lepas, gua nak cakap jugak. Blog gua :P Pengalaman aku sebagai pelajar SPM sepanjang tahun ni mencabar. Ceh ingat kau sorang jela mencabar? Haha. Everything dalam tahun SPM semuanya mencabar cik kak oi. Cuma kita je nak taknak lalui, nak hadap cabaran tu sepanjang tahun SPM. Overall, even emosi kau, mental kau, fizikal kau, kena tough! Apa orang cakap, kuatkan iman! Cekalkan hati! InsyAllah. Kadang2 perkara kita tak mintak pun boleh terjadi. Apa yang mencabar? Bagi aku. Ini bagi aku laa sebab kesilapan aku sendiri. Nak kena back up balik pelajaran yang tertinggal. Dah laa masa form 4 belajar main2, naik form 5 kau sibuk masuk itu ini pulak. Memang lari tak cukup tanah laa nak back up balik semua tu kann. Apa yang sibuk itu ini tu? Haa ini laa dia gua nak kasi tahu. Masam form 4 aku tak aktif sangat sukan2 bagai ni. Tapi bila naik form 5, tah kenapa buang tebiat tetiba aku aktif dalam sukan2 ni. Apa yang aku masuk? Nahh, meh aku listkan. Macam banyak je. Hahaha. Puihh laa. Tengok saja laa gambar2 ni ye ;)

Nampak gua yang pakai serba pink tu? Hitam kan kulit gua. Ni time training netball. Memang tiap2 petang gua turun training. Mana tak hitam kan. Erghh.

Netball netball. Pehh rindu nak pegang bola tu!

Haa, ni laa team guaa. Ada 2 team sebenarnya. Menengah rendah and atas. Gua semestinya laa dalam menengah atas. Masa ni tengah tunggu van amek kiteorang nak pergi lawan. Lawan daerah. Dalam gambar ni tak semua yang ada. Mana tah dorang masa tangkap gambar ni. Huhh.

Gua lagi bertambah hitam bilaa gua pergi camping kat rompin. Apatah nama diaa. Yang ni wakil daerah tak silap. Dalam hutan, dekat dengan pantai. Pehh, memang kulit hitam wa cakap lu! Nampak tak gua tutup muka pakai tudung tak? Bajet pakai purdah. Hahaha.

Haaa yang ni gua sukaa. Yelaa, berniaga kan. Memang bidang gua ni. Wakaka. Ni masa hari koperasi. Gua ada join jual menjual ni. Gua and the geng. Ekin, Dalilah, Shima, Hakim and Zikri. Alhamdulilah kutipan kiteorang yang paling teratas tahun ni. First time join, first time juga duk paling top! *Bangga

Ni pulak petang2 training kawad kaki.

Gua ajar junior2 kawad. Team gua jelaa. Memang pening kepala dibuatnyaa. 

Ini hari pertandingan. 

Cari leww guaa. Hihi

This my team. Gua kat situ paling senior. 

Haaa, panjang laa juga aktivitinyaa. Sambung story balik. Bila nak back up balik pelajaran yang tertinggal, mahu nak nangis kau!

Tahun SPM, mula masuk memang heavy belajar. Tapi gua je yang buat mende ni main2. Belajar memang belajar, tapi still lagi dalam main2. Tengah2 bulan, bulan 3 sampai bulan 7 tak silap aku. Haa time tu gua sibuk dengan aktiviti yang gua cakap tadi. Then bila dah masuk bulan trial, masa tu memang mengelabah habis. Masa tu baru rasa kehangatan SPM! Membara2, membuak2! Cehh. Hehe. Gua cuba back up balik, bertanyakan kepada cikgu if apa2 tak faham. Nak berjaya, kena laa berusaha. Lepas2 tuu kau serah semuanya pada DIA. Tahu laa DIA nak aturkan untuk kita macam mana :) Cuba dan buat. Jangan kau sesekali hilang kepercayaan. Masih belum terlambat. Selagi belum hari peperiksaan, even malam sebelum hari peperiksaan, kalau kau nak berusaha masih sempat. Cumaa kesannya sikit jelaa. Tapi setidak2nyaa kau masih berusaha! Kau masih ada usaha daripada orang yang tak berusaha langsung dan hanya serahkan nasibnya pada takdir. Buruk benor tuu!

Selain ituu. Pehh siap ada penanda wacana lagi! Hahaha. Dah2, yang bakal aku nak cakap ni pun antara yang penting juga. Sokongan dari orang sekeliling. First of course laa family. Dari ayah mak adik kakak abang nenek atuk pakcik makcik sepupu sepapat 2 papat 3 papan. Eh hahaha. Haaa sampai papan dah tuu. Teruk2. Dorang2 ni mesti tahu yang kita dalam tahun SPM. Mintak pada dorang agar dapat mendoakan kejayaan kita kelak di setiap sujud dorang. Tak kena duit pun. Free. Aku percaya, setiap ahli dalam kerabat diraja kita mesti nak tengok kita berjaya. Aku yakin tu. Jaga hubungan kita dengan dorang. Alaa mende ni basic kehidupan. Takyah nak tunggu kau duduk dalam tahun SPM pun, kau kena jaga hubungan ni. Satu lagi aku nak selitkan dalam menjaga2 hubungan2 ni. Hubungan kau dengan haiwan, nature, dan kawan2, semua tu penting. Setiap apa yang ALLAH jadikan kat atas muka bumi ni bersebab. Kalau nak ikutkan sebab, banyak laa sebabnya kan.

Pernah dengan inspirasi? Pendorong? Haa yang aku nak cakap lepas ni pulak pasal inspirasi. Wajib ada inspirasi. Inspirasi ni laa yang akan mendorong kita. Lagi banyak dorang mempengaruhi kita, lagi banyak laa kau orang nak berusaha. Motifnya gua nak bagi tahu gua jugak ada inspirasi. Hahaha. Gedik kau! :* Dalam kehidupan aku, aku jadikan Encik Buahati sebagai inspirasi aku. Encik Buahati is the most people who always be with me no matter happened  Dia lah motivater, dia laa teacher, dia laa bahu, dia laa mata, dia laa tangan. For me laa. Encik Buahati den selalu ada dengan den time den susah den senang. Dah tu memang kerja diaa. Hihi. Sayang kau much2 laa  Alhamdulilah dia selalu bagi kata2 yang menaikkan semangat aku, selalu bagi aku semangat time aku down gila2, selalu buat hari2 aku ceria. Senang kata, everything laa :* Tu laa pasai pentingnya seseorang sebagai inspirasi dalam hidup kita. So find yours now! Hihi

And and the most important is DIA. Yang ni kau kena utamakan, dahulukan. Apa? Of course laa kewajipan kau sebagai umat Islam. Menda ni pun memang basic kehidupan as umat islam. Tak payah aku cakap pun, kau kena tahu mende ni. Amal makruf nahi mungkar. Tu yang ALLAH suruh. Buat segala suruhanNYA dan tinggalkan segala laranganNYA. Even kau cuma solat tak cukup 5 waktu, at least kau masih ada niat untuk solat. Teruskan istiqamah, InsyAllah DIA ada untuk tolong kita. Nak cari kekuatan? Cari laa DIA. DIA laa segala kekuatan yang ada dalam dunia ni  Tak dapat ditandingi. Jangan kau ragukan kekuasaan ALLAH. Kekuasaan ALLAH meliputi langit dan bumi. Janji ALLAH tu pasti. Percayalaa :) Haa kau, kan dah masuk prinsip Rububiyyah dah ni, keluar dah tasawwur islam. Hahaha. Ingat tauu! Janji ALLAH tu pasti!

Ni lagi 1 gua nak pesan. Pada lepasan SPM 2013, hello guys, merdeka merdeka juga. Tapi itu tak bermakna perjalanan kau terhenti kat sini. Takyah belajar dah bagai. Ouhh bukan2. Silaa cepat2 tukar persepsi tu. Tolong tukar niat kau. Belajar untuk hidup bukan belajar untuk exam, untuk SPM. Sangat rugi2 kalau kau belajar selama ni 5 tahun kat sekolah menengah hanya semata2 untuk beberapa paper bakal kau hadapi untuk hari SPM. Ouhh sangat rugi! Meh sini aku nak tanyaa. Berbaloi ke? Berpanjangan ke? Tepuk dada tanya selera. Kau punya hidup, kau fikir2kan laa. Aku cakap pun dah tak guna. Berbalik ke pangkal jalan walaupun kau rasa dah terlambat.

" Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala"
-HR: Al-Bukhari-

MasyAllah hebatnya kata2 Rasul ALLAH. Baca dan fahami dengan penuh penghayatan :')

Last but not least, pesan aku, tolong jangan sia2kan cuti yang ada ni dengan mende2 yang tak berfaedah. Aku pasti ramai dari kalangan batch kita sibuk duk cari kerja. Ye aku faham tuu. Cari kerja pun elok. Tapi apa pun jaga diri bila kat luar sana. Cadangan aku untuk cuti yang ada ni, cari laa kerja ke, buat lesan motor kereta ke, belajar memasak ke, ambil khusus2 pendek ke. Anything yang bermanfaat. Jangan dok tidur dari pagi ke petang then sambung malam then sambung lagi pagi esok. Hahaha. Terok benor dah tuu kawan!

p/s: Kalau lu orang nak tahu, gua amek masa 3 hari dok update entry ni. Dasyat benor -_-''











Sunday, September 29, 2013

Rutin dan baju Cik.buahati

Views
Alhamdulilah, jumaat lepas aku pergi amek barang kat post office. Nak tunggu pakcik posmen hantar, memang berjanggut aku tunggu. Barang apa? Baju and simkad. Buahati bagi baju kerja dia, hotel Rafayeh, Seremban. By the way, dia dah berhenti kerja kat situ sebab now dia bekerja with his papa, handle few businnes. So baju kerja tu dia kasi aku. Hihi, dah jadi rutin bagi kami agaknya macam ni. Banyak baju dia bagi kat aku sebelum ni, semuanya dia punya baju. Before dia kasi, dia akan pakai baju tu then baru post. Yup, our rutine. Cinta jarak jauhkan, macam ni laa jadinya. Hahaha. And and dah menjadi tabiat aku tidur dengan baju dia, nyenyak! Kalau takde, tak boleh tidur woi! Hehe. Sama laa dengan domo yang dia hadiahkan birthday aku yang ke 16. Mesti ada dua2 barang ni, baju dia dan domo. Dia cakap, baju2 ni semua dengan domo sebagai penganti dia tok berada di sisi aku sebab kiteorang jauh. Rindu yang teramat sangat bila hidu bau kat baju2 ni. Rindu. 

Disebabkan kedaan tak mengizinkan, aku dengan dia curang kat maxis! Haha, dulu kiteorang pengguna maxis tapi sekarang tak lagi. We're now celcom users! Why why? Yelaa, selancar ni maxis selalu tak ada line. Sakit hati yang teramat sangat. So cik buahati amek keputusan nak tukar celcom sama2. I think that is sweet things. Sebab dia sanggup tukar dari maxis ke celcom. No maxis dia sangat lah cun! Cantik sangat! Tapi disebabkan dia tak sanggup lonely kat sana sebab maxis dekat tempat aku ni selalu gila, dia pun tukar. How sweet of you sayang. Then dia cakap alang2 nak tukar ke celcom baik cari plan yang best2 sebab nak guna lama kan. SOX jadi mangsanya. Junior2 aku pun jadi mangsa. Maafkan akak ye dik! Hehe. Jasamu tetap ku kenang! Hihi.

Rasanya dah lama sangat ni aku amek masa untuk buat entry dengan keadaan internetnya macam pak siput je. Masa untuk manjakan diri dengan buku2 pulak. Haha. Thanks reading my entry guys! Adios! 

Wednesday, September 18, 2013

Rabu tanpa kata #2

Views
"Tamat sudah riwayat hidup 'percubaan spm' akhirnya"


Monday, September 16, 2013

Kerana topup 2 ringgit

Views

Assalamualaikum reader semua. First of all, Alhamdulilah aku masih disini. Menghirup udara yang dipinjamkan oleh NYA. Hihi. Aku masih lagi dalam keadaan tak sangka. Tak sangka yang aku dengan dia dah genap 2 tahun hari ni. 1 ikatan yang sukar dibina bila 2 pasangan tu jauh. Aku segamat dan dia seremban. Orang sekeliling tengok kita bahagia, happy tak terkata bagai, tapi dorang taktahu apa yang kita lalui. Macam pernah aku cakap dulu, kejujuran, kesetiaan, kepercayaan dan doa, penting sangat dalam perhubungan. Memang, memang aku ngaku aku dengan dia banyak kali gaduh. Almost everyday. Tapi semua tu tak pernah mematahkan semangat aku untuk setia berada disisi dia. Gaduh adalah asam garam dalam perhubungan. Actually ayat sebenar dia "gaduh adalah asam garam dalam perkhawinan". Tak salah tukar! Hihi :P Aku bukan pakar pun nak nasihat dalam hal macam ni, walhal aku sendiri terjebak dalam hal ni. Apa yang aku maksudkan ialah cinta facebook. Alaa macam Najwa Latif nyanyi tuu, Cinta Muka Buku :P Yup, our started was there, facebook. Salah satu laman sosial yang paling famous. Thanks mark zukebegggg :P 

Kenapa kerana topup RM2? Kerana topup RM2 laa yang sampai sekarang aku tersangut dengan dia macam belangkas! Hahaha. Asalnya dalam fb, dia ada post status mintak topup, status gurauan. Memang ramai komen status dia masa tu, eh biasalaa, masa tu dia sangat popular :P Hihi. Hati aku tergerak nak sent topup kat dia, memandangkan sebelum tu dia ada bagi no phone dia kat aku, tapi aku tak usik pun. Just amek simpan dalam fon. Tak gatal2 nak mesej dia bagai. Giler berlagak aku masa tuu. Hahaha. Sebelum tu kiteorang berkawan cuma berhubung melalui facebook je. Hari2 chat. Tak berhubung melalui phone pun. Tapi bila dia buat statement minta topup, aku pun share laa topup RM2. Niat aku nak menolong kawan je.  Cehh. hehe. So start from that, aku dengan dia guna pelbagai jenis cara untuk berhubung. Antaranya chat kat facebook, texting, calling. Ouhh happy sangat! Wahh, dulu bukan main berlagak lagi kan taknak usik bagai. Tengok sekarang apa jadi? Tangkap cintan habis dengan dia. Hahaha, ye2, aku ngaku tu ;)

Tak pernah terfikir asalnya dia dari kawan fb dapat jadi orang terpenting dalam kehidupan aku. Orang yang boleh aku jadikan tempat berlindung, tempat aku mengadu, tempat aku share suka duka aku, orang yang sanggup terima kisah silam aku, orang yang dapat faham aku, terima aku seadanya, terima kekurangan aku. Tak pernah terfikir semua tu. 


Kalau korang nak tahu, sekarang aku bukan main semangat lagi nak log in facebook. Hahaha, sebab gambar atas ni laa :P Gambar aku jadi cover photo facebook diaa, hihi. I'm shoooo excited about this!



" Dear Fendy, biarlah kisah kita tak macam orang lain, tapi kisah kita punya versinya sendiri. Biarlah orang nak cakap apa pun, asalkan kita tahu apa yang kita buat. Biarlah kita jauh pun, asalkan kita tahu tanggungjawab sesama sendiri. Kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan doa, itu penting. Itu laa yang membuatkan kita bertahan sampai sekarang. Saya tahu perjalanan kita masih jauh, banyak lagi yang perlu kita tempuh. Saya yakin dengan apa yang saya rasa, saya yakin kita mampu, saya yakin kita boleh, saya yakin semua tu. Saya percaya. Terima kasih untuk segalanya, untuk melayan karenah budak kecik awak ni, melayan tika saya demam, merengek macam budak kecik meminta itu ini, sabar melayan karenah tika bendera merah datang melanda, ada di saat keyakinan saya jatuh, result exam jatuh menjunam. Selalu bagi semangat, bangkitkan semangat. Bazirkan masa awak, bazirkan wang awak atas saya sebab nak datang segamat jumpa saya, datang melaka jumpa saya. Walau kita jauh, awak dapat kenal saya dengan penuh teliti, tahu apa yang saya tak suka, apa yang saya suka, apa yang saya minat, apa yang saya nak, apa yang saya benci. Awak alert semuanya tentang saya. Awak larang saya minum air sejuk, air ber-ais sebab saya akan cepat batuk2. Awak suruh saya jaga pergaulan, awak suruh saya tutup aurat, suruh saya jaga perangai, study betul2 supaya dapat capai apa yang saya nak, banggakan family, banggakan awak. Thanks for everything you did. Happy 2nd anniversary sayang  "

Thanks untuk lagu yang indah ni malam tadi :')




Wednesday, July 17, 2013

Rabu tanpa kata #1

Views

" Satu feel yang tak pernah aku rasa , muncul sejak semalam selepas selesai solat zohor dan solat dhuha hari ni . And I want to find out what it is "


Monday, July 15, 2013

Trip to KL

Views

Assalamualaikum semua . Alhamdulilah dah ramadhan ke 6 kita sekarang kan . Alhamdulilah syukur sangat2 sebab masih diberi peluang untuk kita sama2 jalani ibadah Allah di bulan yang mulia ni :') So anak2 semuaaa , jangan ponteng puasa ye anak2 . Hewhew . Lain laa macam we all girls ni , "special" were given okeyy :p Hahaha , okey2 stop . Den buat entry ni bukan nak membebel pasal tuu . Actually entry ni more to entry bergambar . Hee . Macam tahun lepas , aku ada mengikuti rombongan tadika kemas , Qaseh anak sedara aku . Dan dan tahun ni punn ada rombongan juga . Tapi aku pergi kali ni atas nama Adham , anak sedara aku jugaaa . Hewhew . Kalau tahun lepas trip to Melaka but this year different . Trip to KL ! Ouh maklum laa jarang gua pergi KL youuuu . So maaflaa kalau saya batak sikit buat enrty ni . Jangan bash saya pulak ye :3 Tolong saya insan yang tak bersalahhhh . Wakakakak xD

Ehem2 . By the way , kalau nak dikatakan memang ramai dari family aku yang pergi . Nak kata rombongan tadikaa , tapi dalam bas tuu macam penuh mukaa family aku je . Hahahaha . Yang perginya aku , kakngah and her daughter Qaseh . Kaklong and her husband abangwan , their son and daughter Adham , Balqis and Kyraa . So semuanya 8 orang termasuk aku . Yang pelajar tadika nya cuma Adham je . Yang lain anak beranak semua pakat ikut ! Hahaha xD Tak lupa juga two of my bestfriend yang ikut , Dalilah and Shimaa . Hihi xD So aku start with ..

Kau tahu aku bangun pukul berapa ? Pukul 4 pagii woii . Sebab pihak tadika kemas cakap berkumpul kat tempat tunggu bas tu pukul 5 . Bila dah sampai depan Balai Raya Selancar 1 , tempat tunggu bas . Tunggu laa ramai2 kan . Orang lain pun adaa duk tunggu . Tunggu punya tunggu , tak silap aku 6 lebih gituu baru gerak . Takpe laa , asalkan bas sampai kann . Hewhew . Tempat yang kiteorang pergi cuma 3 tempat je . First place is National Science Centre or Pusat Sains where is the building at Bukit Kiara , Kuala Lumpur . Second is KLCC Water Park and the last is Nilai Cityyy ! Ouhh kau bukan main lagi kan speaking orang putih . Hahahahaha xD So guysss , enjoy the picturesssss :D

Dalilah kebosanan menunggu bas mungkin . 530am

Alhamdulilah dah gerak !

Dalam perjalanan .

Meet my friend , shima ! Ouhh shy shy cat pulak diaa :3

Well , gila gambar kan :D

Berhenti kat RnR Seremban . Bila sampai je sini , excited yang teramat sangat . Teruja . Maybe sebab terfikir yang ada kemungkinan My Pendy was here  Tak mungkin kann ? T_T 

So ini laa breakfast kiteorang ! Hee

Amboi gelak sakan kau ye 

Dia geram mungkin .

Iklan colgate boleh ? :P

First place kiteorang sampai was Pusat Sains . All the children yang pergi excited tahu ! Ouhh , ini laa Adham :D

See ? Thats him!

Andd this is my lovely Qalif . Anak sedara den jugak tauu . Penat menunggu tu sampai jadi macam ni . Hihihi

Muka dia tak boleh blaa . Seolah2 dialognyaa " Hello dude ! " xD

See ? That us ! 

Dalam Pusat Sains , beside me Shima :D

Shima and Dalilah , I love both of you . Muah ! :3

Yaaaaaa , this is my family . Masing2 macam apaa da kann . And the one took this picture is my brother in law , abangwan :)



See behind me ? I'm shoo excited u know , looking at the big fishs . Many species was there . U should go there too !

Me and my sis . I called him as kakngah :)

Ini laa kerabat diraja I . Hihi


My sisters , the one who wore pink cloth is Kaklong and the other one is Kakngah :) I love them a lot !

Well kiteorang memang gila gambar

Lagi ..

Dan lagi . ahahaha

Comel lettew ? Err

Dalam 1 part dimana semua sekeliling dia cermin . Aku sampai sesat masuk dalam tu , tak jumpa jalan keluar -_-


Aku lagi kan ? Ouhh bushannnn . Hahahaha lol

Ini depan pintu masuk Pusat Sains :)

Bawah2 ni gambar dekat KLCC Water Park . Tak kena bayar pun . Actually sesuai untuk kanak2 bermain air . Swimming pool tak besar tak kecik and ianya sangat2 laa cetek . Elok jugak kalau bawak anak2 hujung minggu pergi sini . Try laa . Kemudahan toilet and tempat tukar2 baju disediakan . So jangan risau anak2 nak main air kat situu then  baju basah . No worries ye anak2 sekalian . Hewhew . Btw budak2 ni je yang main kat air kat situu . Me and my friends jenjalan sekitar situuu :)








Cetekkan ? Airnya cuma macam dekat paras kaki kiteorang tuu . 

Me and Shimaa :) 



Thanks who took this picture :)

Cantikkan kawan saya ? :D


I think this pic lovely maybe , heee . Candid gituuuu


After puas rendam kaki kat dalam pool yang "cetek" tuu . Kiteorang jenjalan sekitarnya . Berangan kejap kononnya memang duduk kat KL . Gila poyo !

See what behind us ? It's KLCC tower !











Ouhh kuatnya angin . Hahaha

Nak terjatuh kebelakang rasa woii hahaha






Heyy you !

I heart them !


Nak gerak balik dah , but but singgah nilai dulu shopping ! Hee . Tapi aku tak shopping mana pun time kat nilai . Badan je kat situu , jiwa kat lain woii . Jiwa kat buahati , sekali lagi aku terfikir yang My pendy was there too . Haihh . Padahal dia kat somban weii ! Hahaha , parah dah ni . Then jalan punya jalan , hari sudah gelapp . Kiteorang gerak balik nak dekat pukul 9 juga laa . Rasanya laa , aku pun tak berapa ingat . And sampai rumah tepat pukul 12malam ! Ya Allah trip yang sungguh memenatkan even it took only one day :) Mana taknyaa , kiteorang suka jalan sana jalan sini ! Hihi . Last but not least , before gerak ke nilai tuu , masa kat area KLCC , me and my friends ada masuk little shop which is jual souvenirs special from Aquaria . Alaa maklum laa nak masuk mahal . Hahaha , so kiteorang poyokan diri jelaa masuk kedai . Beli laa something , sekurang2nyaa ada juga laa bukti yang kiteorang penah jejak aauaria ! Teruk gila perangai . Hahahaha .  And ada a part why I was so excited sebab dekat kedai tuu laa I bought a shark . Oh no no , bukan yang real tu laa . Kau gilaa nak beli shark yang real tuu ?? I means it a toy . Comel bagi aku . And lagi pun aku dah lama cari shark toy , sini takde . Puas cari kedai2 bear and so many laa . Konon2 nak tidur pelok shark laa kann . Hihi . Then bila I story about the one shark I bought to Pendy , he told me to hug that shark and my domo that he gave to me . Hihi . Aku pun macamm , haaaaaa ♥ 

Thanks for reading and keep following me yaa :)
Sorry for the bad english , I'm try to used with it x(