Saturday, December 7, 2013

Freedom!

Views
Alhamdulilah syukur sangat2. Akhirnyaa.. Dengan berakhirnya subjek sport science kertas 1 tamat, maka berakhir dan tamat laa perkhidmatan aku sebagai pelajar SMK Selancar. Pehh, ayat nak skema. Hahaha. Okey2 fine. Gua nak kasi tahu ni gua dah freedom. Tak ada dah lepas ni pakai baju sekolah, kasut sekolah bagai. Takyah nak rindu2. Dulu kau bukan main nak habis kan. Hahahaha. Lumrah laa kann. Semua orang akan merasa mende ni. Sumpah masih tak percaya. Dulu masa form 1 baru masuk sekolah menengah, rasa macam jauhnya nak form 5. Sekarang dah form 5, haa nah kau. Rasa kan penangannya! Cakap pun tak guna, paper dah habis jawab. Mende dah lepas. Let bygone be bygone. Eh betul ke? Lantak laa.


First aku nak cakap pasal SPM. Lantak laa dah lepas, gua nak cakap jugak. Blog gua :P Pengalaman aku sebagai pelajar SPM sepanjang tahun ni mencabar. Ceh ingat kau sorang jela mencabar? Haha. Everything dalam tahun SPM semuanya mencabar cik kak oi. Cuma kita je nak taknak lalui, nak hadap cabaran tu sepanjang tahun SPM. Overall, even emosi kau, mental kau, fizikal kau, kena tough! Apa orang cakap, kuatkan iman! Cekalkan hati! InsyAllah. Kadang2 perkara kita tak mintak pun boleh terjadi. Apa yang mencabar? Bagi aku. Ini bagi aku laa sebab kesilapan aku sendiri. Nak kena back up balik pelajaran yang tertinggal. Dah laa masa form 4 belajar main2, naik form 5 kau sibuk masuk itu ini pulak. Memang lari tak cukup tanah laa nak back up balik semua tu kann. Apa yang sibuk itu ini tu? Haa ini laa dia gua nak kasi tahu. Masam form 4 aku tak aktif sangat sukan2 bagai ni. Tapi bila naik form 5, tah kenapa buang tebiat tetiba aku aktif dalam sukan2 ni. Apa yang aku masuk? Nahh, meh aku listkan. Macam banyak je. Hahaha. Puihh laa. Tengok saja laa gambar2 ni ye ;)

Nampak gua yang pakai serba pink tu? Hitam kan kulit gua. Ni time training netball. Memang tiap2 petang gua turun training. Mana tak hitam kan. Erghh.

Netball netball. Pehh rindu nak pegang bola tu!

Haa, ni laa team guaa. Ada 2 team sebenarnya. Menengah rendah and atas. Gua semestinya laa dalam menengah atas. Masa ni tengah tunggu van amek kiteorang nak pergi lawan. Lawan daerah. Dalam gambar ni tak semua yang ada. Mana tah dorang masa tangkap gambar ni. Huhh.

Gua lagi bertambah hitam bilaa gua pergi camping kat rompin. Apatah nama diaa. Yang ni wakil daerah tak silap. Dalam hutan, dekat dengan pantai. Pehh, memang kulit hitam wa cakap lu! Nampak tak gua tutup muka pakai tudung tak? Bajet pakai purdah. Hahaha.

Haaa yang ni gua sukaa. Yelaa, berniaga kan. Memang bidang gua ni. Wakaka. Ni masa hari koperasi. Gua ada join jual menjual ni. Gua and the geng. Ekin, Dalilah, Shima, Hakim and Zikri. Alhamdulilah kutipan kiteorang yang paling teratas tahun ni. First time join, first time juga duk paling top! *Bangga

Ni pulak petang2 training kawad kaki.

Gua ajar junior2 kawad. Team gua jelaa. Memang pening kepala dibuatnyaa. 

Ini hari pertandingan. 

Cari leww guaa. Hihi

This my team. Gua kat situ paling senior. 

Haaa, panjang laa juga aktivitinyaa. Sambung story balik. Bila nak back up balik pelajaran yang tertinggal, mahu nak nangis kau!

Tahun SPM, mula masuk memang heavy belajar. Tapi gua je yang buat mende ni main2. Belajar memang belajar, tapi still lagi dalam main2. Tengah2 bulan, bulan 3 sampai bulan 7 tak silap aku. Haa time tu gua sibuk dengan aktiviti yang gua cakap tadi. Then bila dah masuk bulan trial, masa tu memang mengelabah habis. Masa tu baru rasa kehangatan SPM! Membara2, membuak2! Cehh. Hehe. Gua cuba back up balik, bertanyakan kepada cikgu if apa2 tak faham. Nak berjaya, kena laa berusaha. Lepas2 tuu kau serah semuanya pada DIA. Tahu laa DIA nak aturkan untuk kita macam mana :) Cuba dan buat. Jangan kau sesekali hilang kepercayaan. Masih belum terlambat. Selagi belum hari peperiksaan, even malam sebelum hari peperiksaan, kalau kau nak berusaha masih sempat. Cumaa kesannya sikit jelaa. Tapi setidak2nyaa kau masih berusaha! Kau masih ada usaha daripada orang yang tak berusaha langsung dan hanya serahkan nasibnya pada takdir. Buruk benor tuu!

Selain ituu. Pehh siap ada penanda wacana lagi! Hahaha. Dah2, yang bakal aku nak cakap ni pun antara yang penting juga. Sokongan dari orang sekeliling. First of course laa family. Dari ayah mak adik kakak abang nenek atuk pakcik makcik sepupu sepapat 2 papat 3 papan. Eh hahaha. Haaa sampai papan dah tuu. Teruk2. Dorang2 ni mesti tahu yang kita dalam tahun SPM. Mintak pada dorang agar dapat mendoakan kejayaan kita kelak di setiap sujud dorang. Tak kena duit pun. Free. Aku percaya, setiap ahli dalam kerabat diraja kita mesti nak tengok kita berjaya. Aku yakin tu. Jaga hubungan kita dengan dorang. Alaa mende ni basic kehidupan. Takyah nak tunggu kau duduk dalam tahun SPM pun, kau kena jaga hubungan ni. Satu lagi aku nak selitkan dalam menjaga2 hubungan2 ni. Hubungan kau dengan haiwan, nature, dan kawan2, semua tu penting. Setiap apa yang ALLAH jadikan kat atas muka bumi ni bersebab. Kalau nak ikutkan sebab, banyak laa sebabnya kan.

Pernah dengan inspirasi? Pendorong? Haa yang aku nak cakap lepas ni pulak pasal inspirasi. Wajib ada inspirasi. Inspirasi ni laa yang akan mendorong kita. Lagi banyak dorang mempengaruhi kita, lagi banyak laa kau orang nak berusaha. Motifnya gua nak bagi tahu gua jugak ada inspirasi. Hahaha. Gedik kau! :* Dalam kehidupan aku, aku jadikan Encik Buahati sebagai inspirasi aku. Encik Buahati is the most people who always be with me no matter happened  Dia lah motivater, dia laa teacher, dia laa bahu, dia laa mata, dia laa tangan. For me laa. Encik Buahati den selalu ada dengan den time den susah den senang. Dah tu memang kerja diaa. Hihi. Sayang kau much2 laa  Alhamdulilah dia selalu bagi kata2 yang menaikkan semangat aku, selalu bagi aku semangat time aku down gila2, selalu buat hari2 aku ceria. Senang kata, everything laa :* Tu laa pasai pentingnya seseorang sebagai inspirasi dalam hidup kita. So find yours now! Hihi

And and the most important is DIA. Yang ni kau kena utamakan, dahulukan. Apa? Of course laa kewajipan kau sebagai umat Islam. Menda ni pun memang basic kehidupan as umat islam. Tak payah aku cakap pun, kau kena tahu mende ni. Amal makruf nahi mungkar. Tu yang ALLAH suruh. Buat segala suruhanNYA dan tinggalkan segala laranganNYA. Even kau cuma solat tak cukup 5 waktu, at least kau masih ada niat untuk solat. Teruskan istiqamah, InsyAllah DIA ada untuk tolong kita. Nak cari kekuatan? Cari laa DIA. DIA laa segala kekuatan yang ada dalam dunia ni  Tak dapat ditandingi. Jangan kau ragukan kekuasaan ALLAH. Kekuasaan ALLAH meliputi langit dan bumi. Janji ALLAH tu pasti. Percayalaa :) Haa kau, kan dah masuk prinsip Rububiyyah dah ni, keluar dah tasawwur islam. Hahaha. Ingat tauu! Janji ALLAH tu pasti!

Ni lagi 1 gua nak pesan. Pada lepasan SPM 2013, hello guys, merdeka merdeka juga. Tapi itu tak bermakna perjalanan kau terhenti kat sini. Takyah belajar dah bagai. Ouhh bukan2. Silaa cepat2 tukar persepsi tu. Tolong tukar niat kau. Belajar untuk hidup bukan belajar untuk exam, untuk SPM. Sangat rugi2 kalau kau belajar selama ni 5 tahun kat sekolah menengah hanya semata2 untuk beberapa paper bakal kau hadapi untuk hari SPM. Ouhh sangat rugi! Meh sini aku nak tanyaa. Berbaloi ke? Berpanjangan ke? Tepuk dada tanya selera. Kau punya hidup, kau fikir2kan laa. Aku cakap pun dah tak guna. Berbalik ke pangkal jalan walaupun kau rasa dah terlambat.

" Sekiranya berlaku kiamat sedangkan di tangan salah seorang kamu ada benih tamar dan dia berupaya menanamnya sebelum kiamat. Maka hendaklah dia menanamnya, dengan itu dia mendapat pahala"
-HR: Al-Bukhari-

MasyAllah hebatnya kata2 Rasul ALLAH. Baca dan fahami dengan penuh penghayatan :')

Last but not least, pesan aku, tolong jangan sia2kan cuti yang ada ni dengan mende2 yang tak berfaedah. Aku pasti ramai dari kalangan batch kita sibuk duk cari kerja. Ye aku faham tuu. Cari kerja pun elok. Tapi apa pun jaga diri bila kat luar sana. Cadangan aku untuk cuti yang ada ni, cari laa kerja ke, buat lesan motor kereta ke, belajar memasak ke, ambil khusus2 pendek ke. Anything yang bermanfaat. Jangan dok tidur dari pagi ke petang then sambung malam then sambung lagi pagi esok. Hahaha. Terok benor dah tuu kawan!

p/s: Kalau lu orang nak tahu, gua amek masa 3 hari dok update entry ni. Dasyat benor -_-''











4 comments:

  1. nice entry n your blog !

    Follow you..feeling free to visit mine :)

    http://deyawanny.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...selamat menempuh alam yang baru..hehehe

    Regards,
    -Follwer 14

    ReplyDelete