Tuesday, October 18, 2016

Itinerari backpacker bajet ke pulau perhentian 3H2M (camping)

Views

Assalamualaikum. Gua nak kongsi sedikit tips dan bajet untuk ke pulau perhentian secara bercamping. Pergi style backpacker. Redah. Tadah. Eh? 
Nah..

(Long beach, pulau perhentian kecil)

Hari 1
930pm -bertolak dari tbs ke kuala besut.
5am- sampai terminal kuala besut.
7am-gerak dari jeti kuala besut ke pulau perhentian. Naik speedboat.
745am- sampai long beach pulau perhentian kecil.
750am- usya campsite. Pacak khemah. Kemas barang. Lepak dan rehat. Bekpes.
1030am- jenjalan di coral bay. Ikut jalan dalam, ke pantai belakang. Masuk hutan sikit. Hati2.
1130am- main air praktis snorkeling acah2. Sewa kelengkapan snorkeling.
4pm- setup unggun api. Masak air makan meggi. Dan berehat.
7pm- mandi dan berehat.
8pm- jenjalam sekitar long beach.
830pm- makan malam kat meeting point(long beach)
1030pm- tengok fire show. Jenjalan sekitar long beach tengok apa yang menarik malam. Lepas pukul 12 ada beach party. Hewhewhew
12am- balik khemah, rehat dan tidur. Fuhh penat beb badan gara2 main air.

Hari ke2
Set alarm beria sebab nak tengok sunrise Tapi terlajak tidur. Kah.
830am- bangun dan cari bekpes.
1030am-get ready untuk snorkeling 5 checkpoint! Yeayy nak tengok encik turtle dan encik shark!
Lepas 5 check point, benti makan kat fisherman village. Tapi tak makan situ, pasal aku dah mabuk laut, pening nak muntah. Kahkah. Tapau je makan kat campsite
230pm- singgah windmill. Dari jalan air. Kami tak hiking. Sebab abang boat baik hati nak bawak kami. Kehkeh. Kata orang tangga kat windmill tu 3k, ada yang kata 999. Eh entah la. Hihi
330pm-balik ke campsite naik speedboat.
345pm- makan mende yang tapau kat fisherman village tadi. Santai giler. Duduk atas gazebo, sambil lihat pantai, sambil makan. Fuhh mahalnya moment ni!
430pm- lepak sambil santai atas hammock. Makan kuaci. Last2 tertidur atas hammock sampai laa pukul 630pm gitu.
7pm- mandi. Santai. Solat.
830pm- tak dapat nak berjalan. Malam ke2 hujan. Stay dalam khemah. Makan apa yang ada je. Sambil tengok movie dalam fon. Download sesiap.
10pm- rasanya tidur awal malam ke2. Kah. Hujan tak benti. Tidur jela jawabnya.
*kol abang boat sehari sebelum, bagi tahu nak amek kat mana and pukul berapa. Boat hanya ada dari jam 7am-4pm


Hari ke3
Terlajak tidur lagi. Kah.
830am- bangun dan bekpes kat kedai 
10am- sewa barang snorkeling and g main air lagi.
3pm- mandi sesiap, abang boat nak mai datang amek.
4pm- abang boat sampai. Terus gerak ke jeti.
445pm-sampai jeti. Beli souvenir. 
5pm- jalan kaki pergi terminal. Dekat je. Sambil jalan tu tepi jalan ada jual kopok2, satar, otak2. Boleh beli bawak balik bagi kengkawam or family.
530pm- sampai terminal kuala besut. Sambil tu boleh berjalan sekitar terminal tu. Ada pasaraya, ada pakcik jual pizza, jual ayam acah kfc. Dan lepak2 kat terminal sambil tunggu bas.
730pm- tukar tiket bas. Sebab beli on9. Jangan gelabah kalau tengok kuanter tiket tutup @ takde orang. Dorg balik solat, rehat @ makan. 
830pm- naik bas, gerak balik.
430am- sampai tbs. 

Tips dan $$$😛💸
1. Tiket pergi balik RM88/sorang. Aku amek bas perdana. Servis alhamdulilah. Benti kat rnr gua musang.
2. RM20 buat makan kat rnr gua musang (company bas perdana) pergi dan balik.
3. Rm70/sorang tiket speedboat pergi dan balik. Operating hour speedboat cuma dari 7am-4pm. Turun2 je dari bas akan ada pakcik syorkan boat service dia. Dont worry. Kalau tak ada, nah aku kasi no dia nanti. 
4. Rm5/sorang caj pemuliharaan laut. Bayar time kat jeti sebelum naik boat. 
5. Rm30/sehari sewa campsite. So aku stay 2 malam. Bayar rm60. Kalau tak bawak khemah, campsite sana ada sediakan khemah. Khemah pun rm30/sehari. Dont worry, khemah diberi besar. 4 orang boleh muat. Kalau pandai borak dapat murah.
5.Rm10/sehari/sekepala sewa kelengkapan snorkeling. Ini bukan dalam pakej snorkeling tau. Kalau korg amek pakej snorkeling, bayar harga snorkeling akan dapat sekali barang2 snorkeling. Aku sewa sebab aku tak pandai berenang tapi nak main air jugak! Hahaha
6. Pakej snorkeling ada banyak kalau korg rajin usya sepanjang2 pantai. Aku amek 5 checkpoint rm50. Termasuk makan kat fisherman village. Makan duit sendiri. Dalam 5 check point, korang akan dapat tengok baby shark, dapat tengok turtle. Haaaa.. bukan senang tau. Aku takpe, aku dah selalu tengok "shark". Hahahaha
7. Makan kat fisherman village murah je. Rm10 sorg pun dah terlebih cukup. 
8. Kebanyakkan siang kami akan set up api, masak air dan makan meggi @ bubur segera. Jimat. 
9. Malam baru makan kat kedai. Mahal sikit la. Rm25 laa bajet sorang sekali makan, nasi + air. Dont worry, nasi goreng2 ada, western ada. 
10. Souvenir better beli kat jeti kuala besut. Lagi murah. 
11. Campsite ada 2. 1 awatif campsite. 1  lagi chillout campsite. Dont worry,mereka ada facilities  seperti tandas, bilik mandi, tempat solat, lampu malam, tempat sidai kain. Aku pilih chillout campsite sebab awatif dah ramai sangat orang.
12. Bawak baju sikit je. 3 helai baju, 3 helai suar. Jimat space beg. Baju mandi pakai tiap kali nak main air, lepas main air, basuh2 sidai. Bagi perempuan, aku syorkan baju hitam sua hitam, sebab nak masuk air kan. Kunk nampak segala baju kecik awak. 
13. Bawak laa kelengkapan nak mandi macam ubat gg bagai tu. Jangan pikir nak beli kat pulau. Mahal woi. Pada yang giler make up, tak usah laa bawak. Aku yang bawak krim pun, tak menyempat nak pakai. Apatah lagi bedak2 bagai. Lets ur face free from chemical! Kahkah
14. Beli sesiap makanan nak ngunyah2. Contoh macam meggi cup, bubur segera, milo 3in1, kuaci, roti, biskut. Roti penting, nak bagi ikan makan. Hihi
15. Nak masak air buat masak meggi, bawa mini periuk je. Boleh beli kat kedai rm2 @ daiso. Kalau nak senang nak api cepat, jangan lupa bawak getah tiub moto. Kehkeh.
16. Nak abadikan gambar dalam air? Haa boleh beli waterproof case jenis plastik punya. Ada jual kat kedai sekitar jetty. Rm15 je. Hihi.
17. Jangan lupa caj powerbank sesiap. Masa aku pergi ni, aku bawak 2 powerbank. Haa punya prepare tu. Hahaha. 
18. Kol pakcik boat sehari sebelum nak balik. Bagi tahu Nak amek kat mana, pukul berapa.
Hd hamid holidays.
( boat services to perhentian island)
-0139714442/01113160045 (pakcik hamid)
19. Ouh belum sebut pasal windmill. Nak pergi windmill(kincir angin) ada 2 jalan. Sama ada nak hiking @ ikut jalan air naik boat dan kena gagah naik tangga macam naik tangga batu cave dah. Kahkahkah. 
20. Make sure barang2 berharga macam fon, powerbank, purse bagai simpan leklok dalam khemah kalau nak keluar memana pergi main air. Simpan tu sorok laa sikit kan. Memang kawasan khemah ada orang jaga. Tapi as more secure, apa pun kita kena berjaga2. 
21. Jangan lupa bawak selipar! 
22. Sunblock!
23. Plastik besar nak bawak baju basah yang tak sempat kering last day tu. In case kan. 
24. Jangan lupa sleeping beg. Beli je kat lazada. Banyak pilihan dan murah. Paling murah rm20 je.
25. Tak usah la nak bawak bantal, totor bagai. Alas je beg jadikan bantal. Sleeping beg pun best dah nak keep badan warm.
26. Ouh sebelum aku terlupa, bajet rm20-rm30 as souvenir. 
27. Waktu sesuai? 3 hingga awal bulan 10. Sebab bulan lain pulau ditutup kerana monsun. This one sangat penting untuk planning vacay korg!

Aku kira bajet untuk sorg tau. So total RM363 termasuk tiket bas dan boat pergi balik, makan, sewa tapak, barang snorkeling, pakej snorkeling dan souvenir. Untuk sorang. Itu pun dah heaven dah. 

Alhamdulilah pengalaman aku pergi sini buat kali pertama memang tak terkata. Indah sungguh ciptaan DIA. Mahu yang darat atau dalam air. InsyAllah kalau diberi peluang, aku nak repeat sini lagi. Kehkeh

Ahh aku rasa sampai sini je kot aku itinerari dan tips. Kalau ada pape nak tanya, kot aku lupa nak masukkan, meh pm aku kat fb. Jangan malu jangan segan.

Aku pergi style backpacker. Sebab tu memamg cara aku. Jangan kondem.Pergi main redah je. Suka adventure. Aku tahu bajet over sikit dari pakej. Tapi suka hati lah! Hahahahahah. Pada yang suka amek pakej, nak tidur tempat selesa boleh amek pakej. Taip je kat fb atau ig pakej pulau perhentian. Tinggal nak pilih je. Tapi sebelum tu, make sure trusted package. Sebab banyak aku tengok kes yang dah kena tipu. So beware. 

Xoxo, FH <3

*aku update ni guna henfon je. Susah pulak nak masuk gambar. Kunk bebila aku update guna laptop, aku masukkan gambar. Kalau takde jugak, meh follow sini.
Ig- farahamzah96
FB