Monday, September 16, 2013

Kerana topup 2 ringgit

Views

Assalamualaikum reader semua. First of all, Alhamdulilah aku masih disini. Menghirup udara yang dipinjamkan oleh NYA. Hihi. Aku masih lagi dalam keadaan tak sangka. Tak sangka yang aku dengan dia dah genap 2 tahun hari ni. 1 ikatan yang sukar dibina bila 2 pasangan tu jauh. Aku segamat dan dia seremban. Orang sekeliling tengok kita bahagia, happy tak terkata bagai, tapi dorang taktahu apa yang kita lalui. Macam pernah aku cakap dulu, kejujuran, kesetiaan, kepercayaan dan doa, penting sangat dalam perhubungan. Memang, memang aku ngaku aku dengan dia banyak kali gaduh. Almost everyday. Tapi semua tu tak pernah mematahkan semangat aku untuk setia berada disisi dia. Gaduh adalah asam garam dalam perhubungan. Actually ayat sebenar dia "gaduh adalah asam garam dalam perkhawinan". Tak salah tukar! Hihi :P Aku bukan pakar pun nak nasihat dalam hal macam ni, walhal aku sendiri terjebak dalam hal ni. Apa yang aku maksudkan ialah cinta facebook. Alaa macam Najwa Latif nyanyi tuu, Cinta Muka Buku :P Yup, our started was there, facebook. Salah satu laman sosial yang paling famous. Thanks mark zukebegggg :P 

Kenapa kerana topup RM2? Kerana topup RM2 laa yang sampai sekarang aku tersangut dengan dia macam belangkas! Hahaha. Asalnya dalam fb, dia ada post status mintak topup, status gurauan. Memang ramai komen status dia masa tu, eh biasalaa, masa tu dia sangat popular :P Hihi. Hati aku tergerak nak sent topup kat dia, memandangkan sebelum tu dia ada bagi no phone dia kat aku, tapi aku tak usik pun. Just amek simpan dalam fon. Tak gatal2 nak mesej dia bagai. Giler berlagak aku masa tuu. Hahaha. Sebelum tu kiteorang berkawan cuma berhubung melalui facebook je. Hari2 chat. Tak berhubung melalui phone pun. Tapi bila dia buat statement minta topup, aku pun share laa topup RM2. Niat aku nak menolong kawan je.  Cehh. hehe. So start from that, aku dengan dia guna pelbagai jenis cara untuk berhubung. Antaranya chat kat facebook, texting, calling. Ouhh happy sangat! Wahh, dulu bukan main berlagak lagi kan taknak usik bagai. Tengok sekarang apa jadi? Tangkap cintan habis dengan dia. Hahaha, ye2, aku ngaku tu ;)

Tak pernah terfikir asalnya dia dari kawan fb dapat jadi orang terpenting dalam kehidupan aku. Orang yang boleh aku jadikan tempat berlindung, tempat aku mengadu, tempat aku share suka duka aku, orang yang sanggup terima kisah silam aku, orang yang dapat faham aku, terima aku seadanya, terima kekurangan aku. Tak pernah terfikir semua tu. 


Kalau korang nak tahu, sekarang aku bukan main semangat lagi nak log in facebook. Hahaha, sebab gambar atas ni laa :P Gambar aku jadi cover photo facebook diaa, hihi. I'm shoooo excited about this!



" Dear Fendy, biarlah kisah kita tak macam orang lain, tapi kisah kita punya versinya sendiri. Biarlah orang nak cakap apa pun, asalkan kita tahu apa yang kita buat. Biarlah kita jauh pun, asalkan kita tahu tanggungjawab sesama sendiri. Kepercayaan, kesetiaan, kejujuran dan doa, itu penting. Itu laa yang membuatkan kita bertahan sampai sekarang. Saya tahu perjalanan kita masih jauh, banyak lagi yang perlu kita tempuh. Saya yakin dengan apa yang saya rasa, saya yakin kita mampu, saya yakin kita boleh, saya yakin semua tu. Saya percaya. Terima kasih untuk segalanya, untuk melayan karenah budak kecik awak ni, melayan tika saya demam, merengek macam budak kecik meminta itu ini, sabar melayan karenah tika bendera merah datang melanda, ada di saat keyakinan saya jatuh, result exam jatuh menjunam. Selalu bagi semangat, bangkitkan semangat. Bazirkan masa awak, bazirkan wang awak atas saya sebab nak datang segamat jumpa saya, datang melaka jumpa saya. Walau kita jauh, awak dapat kenal saya dengan penuh teliti, tahu apa yang saya tak suka, apa yang saya suka, apa yang saya minat, apa yang saya nak, apa yang saya benci. Awak alert semuanya tentang saya. Awak larang saya minum air sejuk, air ber-ais sebab saya akan cepat batuk2. Awak suruh saya jaga pergaulan, awak suruh saya tutup aurat, suruh saya jaga perangai, study betul2 supaya dapat capai apa yang saya nak, banggakan family, banggakan awak. Thanks for everything you did. Happy 2nd anniversary sayang  "

Thanks untuk lagu yang indah ni malam tadi :')




No comments:

Post a Comment